Lpkpkntb.com – Nenek yang menjadi individu pertama menjalani pemindahan buah pinggang babi dan jantung mekanikal meninggal dunia, tiga bulan selepas menjalani pembedahan inovatif itu.
Lisa Pisano, 54, berjaya menjalani kedua-dua pembedahan pada April lalu dan dilihat semakin pulih, sebelum tahap kesihatannya merosot dan meninggal dunia pada Ahad, umum pakar bedahnya.
Doktor terpaksa mengeluarkan buah pinggang babi selepas 47 hari prosedur dijalankan kerana ubat jantung merosakkan organ.
Baca Juga: JADWAL CPNS 2024 DIBUKA JULI! Alhamdulillah Batas Usia Pelamar Resmi Ditambah, Ini Syarat dan Cara Daftarnya
“Lisa membantu membawa kami mendekati fasa merealisasikan masa depan di mana seseorang tidak perlu mati untuk orang lain hidup.
“Dia akan dikenang selama-lamanya kerana keberanian dan kebaikannya,” kata Montgomery.
Pisano berasal dari New Jersey menghidap penyakit buah pinggang tahap akhir dan kegagalan jantung ketika menjalani pemindahan buah pinggang genetik babi dan pam jantung di sebuah hospital di New York.
Dia sebelum ini dilapor berkata, prosedur itu dijalani kerana merebut peluang untuk menjalani kehidupan yang lebih baik.
Katanya, dia sedar buah pinggang terbabit mungkin tidak dapat berfungsi dengan baik, namun tetap mahu mencuba.
Pakar bedah pemindahan organ NYU Langone, Dr Robert Montgomery berkata, Pisano kemudian dimasukkan semula ke dialisis dan bergantung pam jantung, namun akhirnya terpaksa diletakkan di bawah jagaan hospis.